Aku bukanlah seorang anak yang mithali, atau sent from heaven, jauh sekali dari itu. Aku tidak sebaik anak orang lain, yang mengikut kata ibu dan ayah, serta rajin menolong keluarga. Kadang-kala, aku bersikap individualistik dan mementingkan diri. Aku selalu berasakan bahawa aku layak bergaul dengan sesiapa yang aku mahu, dan pergi ke mana yang aku hendak, dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang aku rasa menarik.
Aku kini sudah lebih dua dekad hidup di dunia yang semakin lama semakin ganas dan menakutkan. Aku faham sikap ibu bapa yang semakin memperketat household rules hanya atas alasan tersebut, namun apakan daya, aku sememangnya seorang yang rebel, sama seperti anak-anak muda yang lain.
Namun, se'rebel-rebel' aku pun, aku masih menjalankan tanggungjawab yang perlu sebagai anak dan kakak. Cuma ada ketika aku perlu bersendirian atau menyimpan beberapa perkara pada diri sendiri sahaja dan tidak mahu ibu bapa mengetahui kerana merasakan seperti tidak perlu sebenarnya.
Terkadang aku kecewa apabila dituduh melakukan perkara-perkara yang aku tidak buat. Secara umum dan relatif, aku pandai menjaga diri sendiri, dan sememangnya ibu bapaku melakukan perkara yang baik dalam mendidik dan membesarkan aku.
Tadi berlaku suatu insiden yang agak tidak diingini dan aku belajar sesuatu. Aku belajar memahami apa yang ibu dan bapaku rasai apabila sesuatu seperti itu terjadi. Dan sesungguhnya amat pasti sekali aku tidak ingin merasai perkara yang sama apabila aku mempunyai anak sendiri di masa akan datang.
Kini aku faham, dan pastinya tidak akan berulang lagi. Aku kesal dengan diri sendiri dan akan memaksa diri untuk lebih sensitif dan understanding kelak.
Sorry, ibu and ayah. I won't do it again.
1 comment:
Biarkan ia menjadi pengajaran~
Post a Comment