kadang-kadang rasa macam nak jadi budak melayu typical. tak nak jadi out-of-the-box, tak nak tanya soalan dalam kelas, tak nak participate apa-apa. tak nak berusaha lebih, tak nak keluar dari negara ni, tak nak tukar mindset, tak nak perbetul mentaliti, tak nak buat apa-apa.
rasa macam nak duduk je tepi tangga tunggu orang suap nasi. tunggu orang hulur duit, tunggu orang pakaikan baju, mandikan, papah ke sekolah. nak tunggu kerajaan bagi insentif, tunggu universiti merayu masuk daftar diri dan belajar, tunggu pensyarah jerit maki hamun lepas tu rotan baru buat kerja, tunggu mak ayah marah baru tolong kat rumah.
tak nak usaha untuk masa depan sendiri, tak nak dengar cakap pemimpin, tak nak pegi mengundi, tak nak ambil pot pasal hal ehwal negara dan sekitar.
nak duduk je dekat rumah tengok tv sampai tv tengok kita. nak tidur je sampai waktu makan lepas tu tido balik. nak jadi orang yang tak ada pendirian, matlamat, prinsip dan sifat ketamadunan. orang yang tak ada patriotism, jati diri, semangat usaha dan dedikasi.
tapi kalo semua orang macam tu, sampai kiamat pun xmaju kaum aku ni! tolong lah sedar dan bertindak dengan conscious. siapa lagi yang nak ubah nasib kita, kalo bukan diri kita sendiri.