ada seorang pembaca blog ini yang memberi ku email baru-baru ini (takde la sabotaj ke apa haha), mengatakan blog aku sangat "
boring and lack of visuals". hmm ok. kemungkinan juga ya, tetapi aku memang sengaja kurang meletakkan gambar, kerana aku tidak mahu mengumpul readers yang "visual" dan shallow.
memang aku sengaja menulis tanpa rasa perlu meng'attach' sekali gambar sebagai stimuli atau "visual aid" untuk para pembaca, kerana pada aku, pembaca blog rock paper scissors semuanya penyabar (dengan entries yang panjang berjela dan tiada paragraph, bak kata seorang peminat amir muhammad tuh), dan reti menggunakan teknik skim and scan selain tidak shallow.
dan aku juga tidak mahu meletakkan gambar aku all over the blog kerana aku rasa minda dan hati aku lebih cantik dari muka aku. dan itu adalah sole purpose aku memulakan blog ini 5tahun yang lalu. untuk berkongsi buah fikiran dan meluahkan emosi. bukan untuk menjadi popular, mendapat "Celebrity Blog", "Best Asia Blog Award" etc.
itu sebabnya blog aku tampak "
boring" kerana aku nak tengok sejauh mana ramainya orang yang tak 'judge a book by its cover'. dan oleh kerana objektif yang sama juga aku tidak meletakkan "hits" atau "sitemeter" kerana aku bukan menulis atas sebab-sebab di atas.
berpatutan juga dengan ini, aku merasakan yang layout blog haruslah sesuai dengan inti patinya. kalau menulis tentang fashion (i.e.fashion blogs) of course harus meletakkan gambar-gambar baju atau model etc. or macam fotoblog. dan blog aku ini hanyalah sebuah blog meniti kehidupan yang merencana segala perkara-perkara '
in-betweens' dalam hidup seorang insan bernama teroyalcrapster. lantas, aku merasakan tidak perlu untuk aku mempunyai blog layout yang sangat gempak tahap puaka dan padat dengan gambar-gambar.
dan wahai pengirim email, sekiranya kau ingin benar melihat wajahku, silalah add aku di facebook di mana, aku adalah aku dan aku bukanlah diriku yang ingin bermonolog..
mu pahe dok apa yang kawe ghoyak ni?
tetapi ada juga betulnya email yang panjangnya separuh muka surat itu.
dia kata "
maybe you should try a new layout".
hmm, mungkin it is time. sudah terlalu lama aku menggunakan layout ini. izlia, adik ku yang juga penulis blog, menukar layoutnya dalam sekali setiap minggu! sungguh radikal! dan aku yang dah 5tahun menulis ini, masih guna layout yang sama!!
aku sememangnya menyukai simplicity, dan sesuatu yang intrinsically explicit. pergh apakah maksudnya itu. rungkai lah sendiri. haha.
ok pokoknya, aku rasa ada kemunkinan yang aku akan menukar layout baru. thanks to insan penghantar email. dan layout baru itu haruslah bertepatan dengan jiwa dan rohani aku dan blog aku. dan keputusan ku ini bukan kerana sogokkan email itu, mahupun kerana penulisnya, tetapi kerana aku merasakan yang "it doesnt hurt to change" dan aku juga mahu buktikan bahawa walaupun luarannya tampak berbeza, di dalam masih serupa.