Salam 1Malaysia, Salam Ramadhon.
Kota Kuala Lumpur.
Di bulan yang mulia ini, semua syaitan dan iblis akan diikat di dalam api neraka. Oleh kerana itu, kebanyakkan filem-filem berkisarkan hantu dan thriller banyak menerima sambutan, malah ada yang box office kerana orang tidak takutkan hantu pada bulan ini. Lantas mereka akan menonton semua cerita hantu yang telah di'download' tapi tak berani untuk tengok pada waktu ini.
Bila emak bertanya: "Romzi! Kau tak pergi solat tarawikh ke?!"
Romzi menjawab: "Kejap mak, tak leh nak pause ni, pontianak tu tengah nak gigit leher dia ni!"
Ramai yang menggelengkan kepala.
Ya, memang benar. Isu hedonisme melampau sudah lama menjengah abad-21 ini. Malah, kita telah terlalu taksub dengan keghairahan dunia dan fantasinya.
Jejaka usia 20-an bertanya pada teman wanitanya: "B, kita nak buka kat mana harini?"
Teman wanita lepasan SPM menjawab: "Hmm, Pizza Hut? Eh tak nak lah, KFC lah? Oh tak tak, Flaming Steambot kat Subang tu lah nak?"
Jejaka membalas: "Ish you ni, gelojoh tau!" Sambil mencubit manja lengan teman wanitanya.
Kita menggeleng kepala. Tapi adakah kerana kita juga melakukannya?
Tepat jam 7 malam, semua meja dia restoran-restoran terkemuka di kota dihuni pengunjung-pengunjung lahap yang sudah bersiap sedia untuk membaham makanan di depan mereka.
Para pengunjung bukan Islam yang baru tiba terkejut kerana bukan sahaja meja dipenuhi orang yang sekadar melihat saja makanan (ya lah, belum waktu berbuka), tetapi masih ramai lagi yang sedang beratur membeli makanan.
"Sudahlah di pasar juadah sesak dengan orang, di sini juga tak kurang penuhnya"
Itulah hakikatnya.
Yang di atas jalan, cuba memotong sana sini agar sampai ke destinasi sebelum berbuka. Ya, tiada siapa yang suka berbuka di dalam kereta.
Tepat waktu berbuka, serentak bagai di army boot camp, semua insan yang berpuasa, tak kira di mana jua, mengangkat tangan membaca doa dan terus menyelamkan muka di dalam timbunan nasi (bagi yang makan nasi lah).
Selesai makan, semua tersandar di kerusi.
Anak muda A bertanya rakannya: "Weh, hari ni nak tarawikh tak?"
Anak muda B: "Aduhh, senak pula perut ni. Aku selang-seli makan sambil minum tadi. Nasi belah kanan, air belah kiri. Esok jelah. Tak apa, Ramadhan kan sebulan.."
Dan bila melakukan solat tarawikh..
Gadis A: "Kita buat lapan je tau. Hari ni moreh sedap. Bubur kacang hijau!"
Gadis B: "Ok! Nanti lepas witir tunggu kat luar cepat-cepat. Sebab kena rebut dengan jemaah lelaki..Diorang selalu habiskan makanan.."
Inilah dia beberapa situasi biasa di bulan Ramadhan. Fikir-fikirkanlah yang mana amalan yang kita patut jadikan teladan, dan yang mana tidak. Saya juga selalu terjebak, dan cuba sering mengingatkan diri sendiri.
Jadilah diri anda yang terbaik bulan ini, kerana kita belum pasti jika kita boleh meraikan Ramadhan tahun hadapan..
Semoga berjumpa lagi di lain kali. Saya, melaporkan.
1 comment:
Jadilah diri anda yang terbaik bulan ini, kerana kita belum pasti jika kita boleh meraikan Ramadhan tahun hadapan..
that last word sangat menginsafkan diri..
Post a Comment