Kanak-kanak maut kereta jatuh gaung
KUANTAN 11 Mei - Seorang kanak-kanak maut manakala kakaknya koma selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarga mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohd. Suria Hidayat Mohd. Nasir, 7, dari Sungai Isap Damai di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala kakaknya, Maimunah, 9, koma dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.
Ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah ke Kuantan dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu abang mangsa, Zulhelmi, 22.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, abang mangsa yang memandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.
"Kereta itu kemudian melanggar sebatang tiang papan tanda amaran di bahu jalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Berikutan kejadian itu, Yahaya memberitahu, Zulhelmi patah kaki kanan dan ibu mangsa, Norazizon Saiman, 45, yang duduk di bahagian penumpang depan cedera parah pada bahagian kepala.
Menurutnya, Mohd. Suria Hidayat dan Maimunah duduk di bahagian belakang kereta itu.
Sementara itu, beliau berkata, kesemua yang cedera dikejarkan ke HTAA untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.
p/s: Zulhelmi is my friend. Let's put our palms together and recite the al-fatihah to his family members who perished, and those who are injured and still waiting to be healed. He is the one in white shirt (obviously.huhu)
news article taken from here. picture taken from here.

