pagi, aku selesaikan sedikit kerja ku. agak awal aku terjaga, memandangkan aq tidur semalam agak lewat.
beberapa hari ni, aku kurang pasti dengan perasaan yang aku rasa. aku tak berapa faham dengan emosi yang macam secret code nih. adakah cinta? jeng jeng jeng. impossible. aku sentiasa in love, tak rasa cam ni pun?
tengahari, aku dan Li bergegas ke pwtc untuk menyelesaikan audition broadcast journalist/presenter/radio dj untuk media prima. aku tak lah berapa nak sangat, tapi meneman Li. tapi aku fikir, dah alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ketiak masam. eh eh, ke situ pula. dah ada kat situ, aku pun mencuba nasib. rasanya, tak lah teruk, tapi tak juga hebat.
Li: wehh baca sikit horoscope aku weh..
theroyalcrapster: hmm, dia kata hari ni ko tak boleh makan ayam.
aku pula, akan jumpa jejaka hensem.
haa tada! ehh, betul la horoscope tuh! hahaha
petang, meneman Li berjumpa buah hati dan makan. memandangkan aku diboikot oleh ibu-bapa dari wang saku, hehe, aku hanya mampu makan roti canai garing potong sebagai alas perut. salah aku, katanya, kerana tidak pulang ke rumah. haih, nasib ku labu.
lewat petang, pergi bermain layang-layang. akhirnya. setelah berdekad menunggu untuk hari tidak hujan, akhirnya shah alam di'blessed' untuk disinari matahari di petang ini. malangnya, angin hanya sepoi-sepoi dan tidak begitu rancak. lalu aku pun terpaksa berlari dengan extra dan memaksa layang-layang itu menguasai ruang udara. berpeluh juga dibuatnya.
kalau ni pun xboleh, nak masuk benang dalam jarum jangan haraplah!
ngurusin yang penting-penting. kapan kok mau ngerbanginnya!
(bahasa indon belah kalimantan kat taman orang utan sepilok)
dah lari 200km/j pun naik paras tu je. T.T
"aku berhenti berlari.." (rentak 'berhenti berharap' SO7)
oi oi, dah maghrib lah. astaghfirullah..balik, balik!
(time ni la tiba-tiba angin kencang)
danish! dah besar nanti jadi heartbreaker ok?
(apa punya nasihat daa. budak tu pun xfaham, angguk je)
malam, sepatutnya pergi berenang, tetapi memilih untuk menghabiskan masa bersama Freaky dan Li, memandangkan aku berkemungkinan tidak berjumpa beliau lagi.
Freaky mengajak ke skate park di Putrajaya, dan dia ber'skate'. aku juga mencuba, dan harus ku akui, agak addictive! aku menanam niat untuk membeli sebilah skateboard jika ada duit poket lebih di masa depan. dan atmosfera di skate park memang, waduh waduh, pasar cowok deh!! 99.9999% berjantina lelaki! cuma 3 orang gadis di situ: aku, Li dan seorang makcik yg meneman anaknya. inilah yang dinamakan surga dunia!
Li tengok mata xberkelip. hehehe.
Li: haaa, pilih pilih pilih! (gaya pasar malam) *air liur meleleh deras*
aku nak yang baju hitam lah. comel je rambut dia, match dengan kasut.
theroyalcrapster: syukur, sungguh menakjubkan fasiliti dan kemudahan
yang disediakan kerajaan demi menjana warga belia yang sihat dan dinamik.
memang rakyat diutamakan! tahniah kerajaan!
ada yang hanya berseluar dan tidak berbaju, ada yang berpeluh, ada yang bertopi, ada yang berambut panjang. ada juga yang bertuala sahaja (keluar dari shower dan mesti dia ingatkan tiada perempuan, sekali..surprise!). yang berbaju.. apa kurangnya. style: tip-top! sempat aku dan Li bergambar di sekitar skate park sementara menunggu.
ini Freaky. cukup serba-serbi tetapi maaf, sudah berpunya.
*bunyi hati berkecai seluruh malaya*
ini Li. tengok tu, pakai dress diri atas skateboard.
hati mana yang tak cair? perempuan melayu "terakhir" zaman moden.
tapi maaf, sudah berpunya.
*bunyi pinggan mangkuk berkecai seluruh zon selatan pantai timur*
ini Avril malaya. dia budak skate.
boleh kata pro lah. pro apa? pro-paganda lebih.
hahahaha.
haa tengok tuh, skateboard sampai dulu.
baru la terbaekkk.
ok, hakikatnya, aku memang pro. tengok lah tu.
hebat betul balance. perghh. malu tony hawk tengok.
(suara latar: tak bergerak boleh la!)
kami terpaksa menolak pelawaan beberapa sk8ers (ceh ejaan nak begitu) untuk chillz di mamak kerana Li mahukan tempat yang lebih menarik.
lantas kami ke AC (asia cafe), dan terserempak dengan beberapa rakan: Joe, 4A. mereka ingin ber'pool'. kami makan dan naik ke atas. ramai lagi rakan kami di situ yang sedang 'bersukan'. mereka berlawan antara satu sama lain, sementara aku cuba melakukan perkara-perkara bodoh yang boleh men'distract' mereka di samping melayan kebosanan ku.
ini geng mafia sempadan uptown dan highway s24 baru.
tengok tu. gerun tak?
para peserta handalan. bak kata ikram, "tangan pembaris".
beliau tewas ke tangan Freaky kerana beliau bertangan set square.
(budak Lukisan Kejuruteraan je faham)
di sini juga pasar cowok, namun cowok-cowoknya tidak begitu taste bak kata 'kakak-kakak'. saya tidak gemar lelaki yang minum. (tapi kalau dah sememangnya bukan islam, lain cerita lah).
lalu kami semua menghibur dan terhibur. suatu malam yang seronok, memandangkan kami tak lama lagi akan berpisah dan mulakan hidup baru: alam pekerjaan.
p/s: freaky telah menghantar mesej kepada aku dan Li mengucapkan selamat hari guru..sweet :) thanks!
pp/s: terima kasih Li untuk gambar-gambar tersebut :)
























