Salam 1 Malaysia.
Darsa-warsa ini, terlalu ramai orang yang ingin menjadi seorang yang unik, dan berbeda antara satu dengan lain. Mengapa? Kerana ini adalah perlu.
Malah, 'perlu' itu adalah satu understatement; kata yang lebih tepat adalah wajib. Imperative. Compulsory. Salient.
Lantas, apa akan terjadi tatkala setiap orang di muka bumi ini menjadi unik? Jawapannya, semua orang akan jadi normal. Anda ikut? ("Are you following?")
Huh? Apa ni? Cakap berbelit ar! Panggil Bik Syoliha lah, dia pandai sikit explain benda-benda falsafah ni!
Maaf para hadirin, bawa bertenang. Bik Syoliha kini sedang bercuti di kampung halamannya, di Jawa Tengah, Indonesia (iklan: untuk kiriman salam buat Bik Syoliha sempena bulan Romadhon ini, sila dial 1-800-44-tekan-tekan-tak-dapat)<-- argh lame!
Jadi, saya akan mengambil alih tanggungjawab berat untuk terangkan ini pada anda semua. Harap bertenang.
Baiklah, berbalik pada hujah kompleks tadi. Bila seseorang itu lain dari yang lain, dia unik. Bila semua orang unik, mereka adalah normal.
Kosa kata:
Different = unique
Unique = different
Ekuisinya (equation) di sini adalah:
1 person being different = unique
10 people being unique = trend
1 billion people being unique = normal
Sementelahan itu, ada juga populasi yang merasakan mereka makhluk unik, namun tidak dipersetujui masyarakat sejagat. Kumpulan ini digelar dengan nama saintifik, Wannabes. Namun tidak salah untuk mencuba.
Rentetan itu, nasihat saya pada anda di luar sana yang ingin menjadi unik, hanyalah satu: jadilah normal. Kerana normal itu unik di era pembangunan kini yang dipenuhi dengan manusia "unik".
Sekian, semoga berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama. Salam 1Malaysia.
3 comments:
im an Average Joe kind of Guy,
is Average is Normal? hahaha
Btw Salam Ramadhan Izza.
Haha sangat informative
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahhahaa
Post a Comment