Friday, November 11, 2011

bohong

oleh Mosyuki Borhan

bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta dengan
kekasih lama
bohongi aku tentang senyummu serta bicara-bicara kita yang
cuma pura-pura

aku akan percaya semua bohong-bohongmu
untuk aku tak lagi mengingatimu

kerana
aku sedang membohongimu tentang menyukai dia yang
sebenarnya adalah kamu


nota kaki: lagi karya beliau, sila klik.

2 comments:

Pisey said...

Taknak bohong semua.
(;

theroyalcrapster said...

Pisey,

Ouch! Hehehe :p