oleh Mosyuki Borhan
bohongi aku tentang kau yang sudah berpunya
bohongi aku tentang kau yang sedang menukangi cinta dengan
kekasih lama
bohongi aku tentang senyummu serta bicara-bicara kita yang
cuma pura-pura
aku akan percaya semua bohong-bohongmu
untuk aku tak lagi mengingatimu
kerana
aku sedang membohongimu tentang menyukai dia yang
sebenarnya adalah kamu
nota kaki: lagi karya beliau, sila klik.
2 comments:
Taknak bohong semua.
(;
Pisey,
Ouch! Hehehe :p
Post a Comment