dalam beberapa hari ni, ada satu dua perkara yang buat aku berfikir. (selalu juga aku berfikir sebenarnya, tapi kali ni heavyload punya haha). dalam entri ni, aku cuma ingin kongsi satu perkara sahaja: realiti setempat.
apa maksud aku? mudah je, aku bercakap tentang status quo di Malaysia ni.
mengapa aku menulis dalam bahasa melayu? kerana aku tak tahu berbahasa cina mahupun tamil (satu lagi isu). dan aku tidak berbahasa inggeris kerana aku tidak mahu mat salleh2 sedunia membuat andaian terhadap negara aku bila membaca entri ini, apabila realitinya mereka tidak tahu pucuk pangkalnya.
hari ini aku nak membuahkan pendapat tentang cara-cara menguasai sesuatu negara. ada tiga cara utama, tapi aku akan hanya bincangkan yang pertama dahulu.
1. Ekonomi
aku tahu kau tahu tentang ini. dan realitinya memang distribusi hasil ekonomi di negara ini tidak selaras antara kaum-kaum yang ada. tiada kaum yang dipersalahkan di sini, cuma sejarah dan penjajah. berdasarkan sejarah, penjajah British telah mengamalkan dasar
"divide and conquer", iaitu meletakkan sesuatu kaum di kawasan-kawasan tertentu bagi mengelakkan kebersatuan menentang propaganda mereka. dan secara "tidak sengaja", mereka menempatkan kaum cina di kawasan bandar, melayu di ladang, dan india di estet.
secara automatis, bandar menjadi pusat perdagangan dan perniagaan yang justeru menjadi metropolis bagi segala transaksi kewangan. di sini telah terbukti betapa sejarah memainkan peranan penting dalam membantu kaum cina membangun dengan pesat. hasil ladang kaum melayu di jual dengan harga borong di bandar-bandar ini dan kemudiannya dijual semula dengan harga komersial oleh orang-orang cina di sini.
masih tiada kaum yang dipersalahkan, aku hanya menyusun fakta.
dari sini, kaum cina telah jauh meninggalkan kaum melayu dalam menjana ekonomi. kaum india masih bekerja di estet dan juga jauh ketinggalan.
fast forward ke masa sekarang. siapa menguasai 80% ekonomi negara?
dunia hari ini berhambakan wang dan material. tanpa wang, tidak banyak yang boleh dilakukan. yang baik akan menjadi jahat. dengan wang, yang haram itu dihalalkan.
lantas kita bersetuju yang duit itu raja (aku tidak bersetuju, tentu sekali, tetapi itulah realiti. fahaman freemason yang sungguh berleluasa), jadi kita aplikasikan pada keadaan negara sekarang.
dengan wang, segalanya jadi. dengan wang, orang melayu dibeli (aka rasuah, kalau blur). bila ada duit, kau boleh arah, kau boleh
dictate. contoh situasi, kaum cina nak upgrade sekolah mereka dengan kelengkapan ICT terkini, tetapi mendapat sedikit saja bantuan kewangan dari kerajaan. dengan adanya ibu bapa yang berpendapatan tinggi, mereka mengumpul wang PIBG dan menggunakan wang tersebut untuk upgrade. orang tidak boleh berkata apa-apa kerana itu adalah duit mereka. jika pun anak-anak mereka tidak pandai, mereka mempunyai wang untuk menghantar anak mereka ke tuisyen dan menjadikan mereka pandai.
dengan adanya wang, mereka tidak perlu mengharapkan dana kerajaan atau biasiswa (yang lazimnya di khusukan untuk pelajar-pelajar melayu) untuk menghantar anak mereka ke luar negara untuk lanjutkan pelajaran. secara kontrasnya, masih banyak lagi keluarga melayu yang hanya kais pagi makan pagi. hendal membeli buku latih tubi pun tidak lepas.
aku malas berhujah panjang, kau faham apa yang aku maksudkan. aku rumuskan:
wang itu raja. justeru siapa yang menguasai wang, dia lah raja. tanya balik diri sendiri, siapa yang pegang duit/ekonomi negara kita sekarang ni? jadi, siapa tuan, siapa hamba?